Monday, November 24, 2008

Bagaimana Menjana Pendapatan / Duit dengan Blog

MmmMmm..hari nie aku ingin berkongsi dengan korang semua tentang cara bagaimana untuk menjana pendapatan dengan internet atau lebih mesra lagi dengan blog.

Mungkin kebanyakkan orang sudah tahu benda nie, tapi lebih elok sekiranya aku terangkan serba sedikit cara – cara untuk buat duit dengan blog,manalah tahu kot – kot masih ada yang belum tahu.

Salah satu program buat duit dengan blog ialah:



Google Adsense nie merupakan sejenis iklan yang di sediakan oleh pakcik google itu sendiri,yang mana mereka akan berkongsi pendapatan mereka dengan webmaster atau pemilik laman web yang meletakkan iklan google di laman web / blog mereka.Tapi kalau sekadar letak iklan sahaja tak mencukupi beb…kena ada klik daripada pengunjung yang datang menjenguk kat blog anda, baru boleh duit.Tapi aku ada nak pesan sikit, jangan pandai – pandai klik sendiri atau suruh orang klik iklan kita kerana pakcik google nie cukup hebat mengesan kegiatan seperti ini.Jawapannya anda akan di blacklist dan akaun adsense anda akan di padamkan seumur hidup!.huhuhuhu nak ke jadi cam tue?



Nuffnang ini adalah sejenis laman web ads network tempatan.Fungsi Nuffnang ini adalah nak sama macam yang Google Adsense buat,tetapi Nuffnang ini hanya memaparkan banner sebagai iklan mereka dan tidak seperti Google Adsense yang mempunyai kedua – dua jenis bentuk iklan samada dari bentuk banner mahupun text link. MMmmmM…tidak seperti Google Adsense,untuk menjana pendapatan dengan program Nuffnang ini, anda perlu mempunyai trafik yang baik pada blog anda.



Program affiliate merupakan satu program yang mana anda hanya perlu mempromosikan link produk / servis vendor yang telah disediakan.Anda tidak perlu memikirkan soal proses pembelian, kos penghantaran dan lain – lain perkara lagi.Itu semua akan di uruskan oleh penyedia produk tersebut.Kerja anda bagi saya cukup mudah sahaja, anda cuma perlu meletakkan link / banner affiliate produk pilihan anda di blog dan cuba mempromosikan produk tersebut sebaik yang mungkin.Untuk mendapat komisyen / duit daripada program ini, bakal pembeli harus membuka laman web produk tersebut melalui link / banner daripada blog anda.Contoh program affiliate yang dapat saya kongsikan ialah dari rahsia.jutawanblog.com ,niagakit.com ,kuasalelong.com , irfankhairi.com ,minyakjaguh.com ,rahsia-pro-affiliate.com , saudagar.com.my dan ideabisnesluarbiasa.com .

E-Book

Jika anda mempunyai kemahiran dalam penulisan dan teknik, anda boleh menjana lebih pendapatan anda dengan menjual e-book. Untuk menghasilkan e-book, kretiviti anda memainkan peranan yang penting dalam penghasilan sesebuah e-book. Contohnya saya mempunyai cara bagaimana ingin “ mengatasi masalah kahwin pada usia tua “ dan saya boleh menulis tentang teknik dan rahsia untuk mengatasi masalah ini dan menjualnya. Secara tidak langsung sambil berkongsi ilmu saya juga akan mendapat pulangan.

Disclaimer

“ Terdapat pelbagai cara lagi untuk menjana pendapatan dengan internet / menerusi blog,ini merupakan salah satu kaedah dari pelbagai kaedah yang lain.Untuk membuat sesuatu cukup mudah tetapi untuk melaksanakannya anda perlu menjana lebih kemahiran tentang sesuatu perkara, tabah , jangan cepat putus asa dan apa yang penting perlu bersungguh –sungguh dalam melakukan sesuatu.Bila semua aspek ini diterap kedalam diri anda, INSYAALAH anda akan menemui kejayaan dan kepuasan “.

0 comments: