Wednesday, December 17, 2008

Buat Duit Dengan Upload Video


Wah..wah..wah…betul ker dengan video pun kita boleh menjana pendapatan dari Internet dan bukan sekadar dari blog sahaja?

Betul tue dan itu yang aku maksudkan….wakakakaka aku pun baru tahu gak tentang ini dan marilah kita kongsikan sama – sama erk…

So..bagaimana kita nak melakukannya?



Ok..terdapat 2 jenis laman web yang menawarkan perkhidmatan seperti ini…antaranya ialah:

a) Video dari Metacafe.com

b) Video dari Revver.com

Tapi..sebelum meng`upload video kat sana tue, apa yang perlu tahu ialah:-

• Video anda mestilah asli dari anda sendiri

• Video anda tidak mengandungi unsur – unsur kekejaman,porno,radikal dan seangkatan dengannya.

• Video anda janganlah terlalu pendek ( hanya beberapa saat sahaja )- itu aku tak pastilah pulak..huhuhu tapi eloklah sekiranya tidak terlalu pendek sangat..mungkin akan menyebabkan sesetengah orang boring.

Mmmmm..tapi bagaimanakah cara kita mendapat duit / keuntungan dari video tersebut?

Macam nie untuk video dari metacafe, mereka akan memberikan kita $5 bagi 1000 orang yang view video kita.Cubahlah korang fikir kalau 1 juta orang yang view video kita? Pergh…banyak tue..huhuhu tapi x mustahilkan..kalau dah ada rezeki..adalah jawabnya

Korang boleh tengok contoh video yang telah aku upload kat metacafe disini.


Ok..untuk video dari Revver nie,bila korang dah selesai upload video tersebut apa yang korang akan nampak pada video tue ada iklan google adsense.

Contoh video yang telah aku upload kat Revver adalah seperti kat bawah nie…



Nampak tak ada iklan google adsense kat dalam video tue?

Ok..jika pengguna menonton video dari kita tue dan meng`klik pada iklan adsense tersebut. Maka korang akan dibayar royalty sebanyak $0.70 untuk setiap satu klik..

Tetapi…anda juga boleh buat duit hanya dengan menjadi Publisher di Revver site.
Maksudnya ialah korang bolehlah menggunakan video yang bukan milik anda tetapi menjana duit daripadanya tetapi dengan jumlah yang kecil apabila pengguna klik pada iklan adsense yang terdapat pada video tersebut.



Sebenarnya ada beberapa lagi laman web yang menyediakan perkhidmatan seperti ini tetapi aku nak bagitahu pun tak boleh lagi sebab aku pun baru tahu jea pasal benda cam gini..nanti salah fakta plak kan..kena maki hamun pulak nanti..huhuhu

So..kalau korang tahu pasal benda nie lebih lagi..silalah kongsi – kongsi ilmu ngan aku plak erk…..

Jadi…ada saper yang nak tolak member?

Readmore »»

Saturday, December 13, 2008

Blogging: Nikmat Tuhan Yang Tidak Disedari



Mmmm…mungkin tajuk di atas atau entrie kali ini jauh lari dari topik blog buat duit aku yang sebenarnya atau mungkin juga ia di tulis secara kebetulan ataupun terpaksa?

“Terpanggil” untuk menulis post seperti ini adalah selepas aku melawat ke blog Rohaizat.com dan telah terbaca entrie beliau “ Erti Jangan Dalam Islam “ – Renungan Hari JumaaT.

Walaupun aku masih baru dalam dunia blogging dan traffic blog buat duit aku pon masih nyawa – nyawa ikan…tapi aku tetap bersemagat untuk menulis tentang perkara ini walaupun mungkin tidak selalu.

Oklah..kembali kepada tajuk yang asal “ Blogging Nikmat Tuhan Yang Tidak Disedari “ yang mana mungkin sesetengah daripada kita bersyukur ataupun lalai dalam mensyukuri nikmat kurnian darinya?

Kenapa aku berkata begitu?


Sebenarnya terlalu banyak persoalan – persoalan yang boleh di gariskan kat bawah nie dan mungkin kita patut fikirkan sama – sama yang kita nie bertuah kerana terjerumus kedalam lembah blogging yang mana mempunyai pro dan kontranya yang tersendiri.

Salah satunya:

a) Pernahkah kita terfikir yang kita nie tiada tekanan dalam melakukan kerja – kerja seperti ini yang mana sering berlaku kepada pekerja di sektor awam ataupun swasta, yang mana mereka setiap hari berada ataupun mungkin sering berada dalam tekanan dalam melakukan tugas – tugas harian di pejabat? Sebagai contoh :

Kakitangan Awam / Swasta

Situasi Pertama:-

Bos A ( yang berdarah O ) : Tolong siapkan laporan ini secepat yang mungkin..esok saya ada meeting...

Pekerja K berkata : Tapi bos, sekarang nie dah time nak balik dah nie…x sempat nak siapkan.

Bos A ( yang berdarah O ) : Eh..kamu nie…nak kerja ke tak nak kerja nie…duit orang bagi…suruh kerja tak nak kerja plak..kau jangan main giler tau.

p/s : bayangkan time tue korang ada hal yang penting giler contohnya ade janji temu ke…ape ke..jawabnya melepaslah..huhuhuhu..


Situasi Kedua:-

Isteri S ( yang berdarah A ) : AaaaAaaaaaaaaaaaaa baru balik kerja ker? Dah lewat malam nie…buat ape? Kerja ke enjoy di kelab!

Suami K : asyik lewat balik nak merepek..lewat skit merajuk..adukssssssss..bos suruh siapkan kerja tadi..arghhhh rimaslah..

Blogger Sdn Bhd

Aku dah 3 hari dah tak update blog aku nie…idea nak tulis ape tarak lagi nie…arghhh..biarlah aku nak genapkan sampai seminggu.Nanti dah ade idea, aku postlah nanti.he3


b) Pernahkah kita terpikir dengan ber` blogging ia mampu membuat kita menjadi kritis dan kreatif dalam mencari idea – idea dan perkara baru yang hendak di tulis?. Walaupun kadang – kadang pecah kepala nak fikirkan idea – idea yang x kunjung tiba…tetapi tahukah anda ia akan menjadi “ lazat “ bila idea tersebut perolehi, di praktikan dan dikongsikan dan anda akan mendapat manfaat daripada itu!

c) Pernahkah kita terpikir yang sebenarnya kita di anugerahkan dengan dua alam?alam pertama ialah dunia yang nyata dan alam kedua ialah alam maya ( bukan alam ghaib )huhuhu….mana taknya, dengan adanya alam maya nie..anda boleh mengelilingi dunia, berkenalan dan berkawan dengan seseorang hanya dengan menggunakan tangan, jari, mata dan hidung sahaja..bestkan!

d) Pernahkah kita terfikir yang kita nie tergolong dalam satu golongan yang dahagakan ilmu dan cintakan sesuatu ilmu itu ? Khususnya ilmu dari segi SEO, HTML , ilmu cara Buat Duit dengan Perniagaan Internet dan bermacam – macam lagi.

e) Pernahkah anda terfikir yang anda tidak perlu mengeluarkan banyak modal untuk membuat blog dan ber` blogging?


Tapi…tapi…tapi……..

Adakah anda pernah terfikir yang kita sebenarnya lalai dengan kenikmatan ini dan pernahkah anda merasa bersyukur?.Seperti contohnya:-


a) Pernahkah dan berapa kali atau berapa banyak anda melewatkan mahupun meninggalkan waktu solat anda semata – mata kerana kekhusyukkan melayari Internet dan sibuk ber`blogging? Adalah sebaik –baiknya jika ianya kekhusyukkan didalam solat!

b) Pernahkah anda terfikir, adakah anda selalu / sering menyebut nama Tuhan Yang Maha Esa di dalam melakukan sesuatu pekerjaan, ataupun sebaliknya?

c) Pernahkah anda terfikir yang ilmu yang anda perolehi daripada kenikmatan itu digunakan sebaik – baiknya?, di kongsikan dan bukan hanya sekadar kerana duit semata – mata?.

d) Pernahkah anda terfikir yang anda ini menjaga atau tidak kenikmatan kesihatan yang Tuhan berikan?- ber`blogging sampai memudaratkan kesihatan adalah satu amalan yang tidak baik dan janganlah anda menjadi satu manusia yang melampaui batas!.

e) Pernahkah anda menggunakan keilmuan anda serta kepandaian anda untuk melakukan sesuatu perkara yang tidak elok? Seperti contoh melayari laman – laman web yang tutttttt..wooo..wooo..woooo terlebih sudaa..

f) Pernahkah anda terfikir kenapa Tuhan Yang Maha Esa menjadikan waktu siang dan malam?. Sesungguhnya dalam 1001 sebab salah satunya pada waktu siang untuk umatnya mencari rezeki dan pada waktu malamnya pula untuk umatnya berehat dan beribadat kepadanya.


Mungkin banyak lagi yang tidak disebutkan atau mungkin aku kekurangan idea untuk menambahkan lagi intipati tulisan dalam blog buat duit ini….kalau korang ada pendapat…bolehlah dikongsikan didalam komen yea..walaupun lambat skit nak loading komen tue…faham – fahamlah aku just guna komen dari Intensedebate jea…kerana aku dahagakan ilmu HTML..hehehehe

So..akhir sekali..jangan lupa menonton video kat bawah nie yea…dan janganlah kita lupa untuk sentiasa bersyukur!!!( termasuk aku sekali ).

Renung – renungkanlah dan selamat beramal…


Readmore »»

Thursday, December 4, 2008

Mitos Buat Duit Dari Perniagaan Internet

Begitu familiar dan dekat sekali pada aku tentang tajuk posting kali ini dan mungkin jugak pada korang semua…

Soalan aku pada korang semua..

Sudahkah korang sudah boleh buat duit dengan blog?.Ok..kalau sudah boleh buat duit dengan blog,berapakah yang korang dapat?



a) Adakah hanya sekadar cukup – cukup makan?

b) Adakah belum melebihi 1USD pun?

c) Adakah pendapatan anda melaluai blog atau perniagaan internet nie masih zero?

d) Atau adakah korang sudah menjana pendapatan melalui blog ini yang mana sudah boleh menampung hidup korang yang mana korang tak payah nak sibuk cari kerja lagi?

Mmmmm…sakit kepala jugak kadang –kadang nak memikirkan benda nie…dan post aku kali nie pendek jea..yang mana pembaca blog buat duit aku ini masih tergolong dalam kategori a) , b) dan c) semoga gambar dibawah ini boleh membantu menaikkan lagi semagat aku dan korang semua dalam mencari ikhtiar bagaimana menjana pendapatan dengan internet ataupun bagaimana buat duit dengan blog…Yang dah tergolong dalam kategori d) tue…BravO!!!

p/s : Marilah korang dan aku berusaha menjadikan mitos buat duit dari RM3 menjadi RM ribu – ribu…tue kenyataan.

Sekadar gambar hiasan yang aku ambik dalam forum internet..dan INSYAALLAH lepas nie korang dan termasuk aku jugak boleh ambik gambar macam kat bawah nie..sendiri….ingat tue…” sendiri “.



Readmore »»

Tuesday, December 2, 2008

Penggunaan Twitter adakah perlu atau tidak?

Aku nie baru jea berjinak – jinak dalam dunia blog nie dan mungkin jauh lagi perjalanan aku dalam benda nie tapi kat sini aku nak cakap sikit apa yang aku tak puas hati tentang penggunaan Twitter nie.Tapi terlebih dahulu….aku nak mintak maaf bebanyak jika post aku kali nie agak keterlaluan, kontroversi ke ape kea.., terasa pada sesetengah orang ke,tak layak lagi ke aku post benda2 cam gini…atau ape2 lah….huhuhu,tapi dah blog aku..aku boleh tulis ape yang aku hendak..hahah…hahaha..hahaha…( tiru gaya Prof..Klon )wakakaka..

Ok..first aku teranglah serba sedikit ape itu Twitter dan gunanya pada blog

Twitter pada dasarnya adalah satu layanan Social Networking yang telah diguna pakai oleh kebanyakkan blogger pada masa kini.Gunanya dimana anda boleh menyampaikan sesuatu pesanan yang ringkas pada blog anda tentang kegiatan yang anda lakukan hari – hari atau dari masa ke semasa.


Selain dapat login menerusi komputer, Twitter juga dapat di login menerusi Via Mobile Device.So senanglah penggunaan benda nie,tuelah banyak yang orang guna..

Tapi kat post kali nie, aku bukan nak cerita banyak tentang kemudahan Twitter serta aplikasinya…yang aku nak cerita nie adalah tentang “ketidakpastian” aku tentang sesetengah blogger ( sesetengah yea…bukan semua ) yang menggunakan khidmat Twitter nie…mmMmm..entahlah kadang – kadang rasa meluat pun ade,hampeh dan poyo pun ade…tentang diaorang nie. Kat bawah nie aku akan senaraikan sebab – sebabnya:-

a) Rasa meluat aku bila diaorang nie…mengheboh – hebohkan yang diorang pada hari itulah….pada hari inilah..mendapat banyak duit / income masyuk….daripada kegiatan bisnes yang dibuat.Memang bagus kalau korang nak tulis tulis benda tue kerana boleh menaikkan semagat mereka yang sentiasa follow blog korang tue…tapi janganlah sampai lebih – lebih plak..nampak macam nak bangga diri pun ade…aku tengok.

b) Rasa hampeh aku bila korang nie..banyak sebut / tulis dalam tue…hari ini dan hari itu, masa nie..masa tue..korang dok tengah shoppinglah…beli itulah..beli inilah…nak pergi dinnerlah ape yang entah2 lah korang cakap dalam tue…bagilah benda yang berguna sikit pada diorang yang selalu follow up blog korang nie…contohnya tips,info ke atau idea2 terkini yang akan korang buat / tulis ke lepas nie..Nie tidak korang tulis cam nie “ Owh hari ini baru lepas balik shopping kat klcc baru lepas beli perfume Silky Men “ wakakakaka….benda nie pon nak sebut kea? ( contohnyalah )….Aku tahulah korang tulis benda tue kat blog korang melalui Twitter sebab korang tak ade masa nak update blog korang…Mungkin korang terlalu banyak blog yang nak di update ataupun korang sememangnya banyak kerja…tapi agak..agaklah kan…tulislah yang berguna sikit..ataupun yang bolehlah dikatakan berfaedah....walaupun hanya point2 sahaja.

c) Rasa poyo aku pada korang bila korang nie rasa yang diri korang nie macam artis jea..mane taknya..ape yang korang makan,ape yang korang pakai,nak tido pon korang sebut juga dalam tue…wei..weii..wei..korang nie artis kea?, korang nie orang tersohor ke? ,menteri ke?, wakil rakyat ke?..kalau macam nielah perangai korang..maybe lepas nie orang yang nak follow up blog korang akan berkurangan…pecayalah kata aku…pecayalahhhhhhhhhhh…kasih mu lafaz segala..di ruang yang paling dalam….wakakakaka..lagu siti pon aku sebut…nie kes salah etika nie…jatuh maruah nie aku nyanyi lagu siti…So..banyak lagi yang aku nak tulis sebenarnya tapi aku dah malah dah tulis pasal benda nie..Jadi jumpa lagi di post2 yang akan datang di blog buat duit aku ini dan ade sape yang nak tolak member?….huhuhu

Disclaimer

“ Kat sini aku nak mintak maaf kalau ayat2 kat dalam post kali nie agak kasar sedikit…post kali ini merupakan luahan hati sahaja tidak ada satu pun sifat tidak baik dan dengki terhadap seseorang “


Peace,Love and Empty

Titik

Readmore »»

Friday, November 28, 2008

Siapa Mamat Nie?

Hari ini aku nak kongsikan sedikit tentang kisah mamat sorang nie…mungkin korang dah tahu tapi ade jugalah yang tak tahu lagi kan…Sebenarnya aku nak post benda lain tapi akhirnya aku mengambil langkah untuk menge`post` benda nie…kat blog buat duit aku.nak tahu kenapa ?
Wakakaka….aku tak dea idea sebenarnya..benda nie jea yang terlintas kat kepala aku buat masa sekarang…

Tapi sekurang – kurangnya yang tak tahu lagi tue akan tahulah serba sedikit tentang kisah mamat nie…bak kata lecturer aku time aku belajar dulu….hehehe ayat nie aku selalu kena kat dia…

“ kalau kita tue tahu yang kita tue tak tahu, kenapa kita tak nak tahu untuk kita ambik tahu…tahu…tahu..tahu..”

Wakakaka….lawak ayat nie…

So..korang kenal tak mamat sorang nie?



Korang pernah dengar perkataan atau nama YouTube ?, aku rasa yang dah post video kat dalam tue pun dah adakan, temasuklah aku sekali…so nak tengok tak video yang aku post kat sane ? kalau nak tengok klik sini..( wakaka promote video sendiri..tak malu!!! ).

Mamat nie lah yang melahirkan idea untuk mencipta laman web YouTube. Tetapi yang sebenarnya bukan dia saja tapi terdapat 2 orang lagi yang sama – sama buat benda nie.Salah seorang namanya ialah Chad Hurley dan Steve Chen. Tapi dalam post nie…aku tak mahu cakap tentang depa dua orang nie sebab aku tak tahu cerita asal tentang depa berdua nie…wakakaka yang aku tahu cuma tentang budak sorang nie jea…tapi tak pea,nanti aku tahu tentang cerita diorang nie..mungkin aku akan buat post pada masa akan datang.

Jom ikuti kisah mamat yang aku nak cerita nie sikit…

Hensem ke dia?, tinggi mane orangnya?, kaya ke dia?

Nie dia gambar mamat nie dan gambar depa dua orang nie sekali.Yang Pakai baju kot tue Chad Hurley, yang pakai kaca mata tue ialah Steve Chen dan yang duk sorang tue tak payah tanya lah...Jawed Karim.




mMmmm…name dia Jawed Karim, lahir pada tahun 1979 di Merseburg Jerman Timur dan setahun kemudian pada tahun 1980 dia nie telah berpindah ke Jerman Barat ( ayah dia yang bawa dia pergi tinggal kat sana kot sebab time tue dia kecil lagi ).he3

Tapi sekarang kedua – dua Negara tue telah bergabung menjadi sebuah Negara yang kita kenali sebagai Jerman sahaja, dah tak ade barat atau timur.

Bapa dia nie adalah orang Bangladesh dan nama dia Naimul Karim iaitu seorang penyelidik di Syarikat 3M manakala emaknya pula ialah Christine Karim, seorang pembantu professor dalam bidang biokimia di University Minnesota, Amerika Syarikat.

Karim nie telah membesar di Jerman sehingga pada tahun 1992 mereka sekeluarga telah berpindah ke AS.

Setelah sampai kat sana, karim nie telah melanjutkan pengajiannya di Central High School ( Saint Paul, Minnesota ) dan kemudiannya ke University of lllinois di Urban-Champaign.

Perghhh…baguslah mamat nie,masuk U tue…huhuhu.

Dia memilih belajar di universiti kat sana tue kerana di situlah tempat pencipta Netscape, iaitu Marc Andreessen dan beberapa lagi laman web yang terkemuka.Mmmm…bagus ade cita – cita…

p/s:kat sebelah kanan nie ialah Marc Andreessen.


Selepas habis pengajian kat sana, mamat nie ape lagi terus minta dan bekerja kat PayPal.
Dalam dia tengah kerja tue…sempat lagi dia sambung belajar dan telah mendapat Ijazah Sarjana Muda dalam Sains Komputer pada tahun 2004.

Masa tengah syok kerja kat sana tue, time tuelah jugak mamat nie bertemu, berkenalan dan berkawan dengan depa dua orang nie…Dalam duk asyik – asyik berkawan tue, pada tahun 2005 mereka bertiga nie telah mencipta dan membangunkan sebuah laman web perkongsian video YouTube.

Selepas mengasaskan dan membangunkan konsep YouTube, Jawed Karim nie telah mendapat tempat pula sebagai pelajar sarjana sains computer di University Stanford dan dalam pada masa yang sama merangkap penasihat kepada YouTube.Hehehe baguskan!

Bila YouTube diambil alih @ dibeli oleh big boss Google, mamat nie telah mendapat sebanyak 137,443 dari saham berkenaan. Wah…..kaya..kaya…kaya!!!

Time kedua – dua orang kawannya tue ( alah depa dua orang yang aku cakap tadi ) sibuk mencipta nama, mamat nie lebih suka menumpukan perhatian kepada pelajaran. Biarpun sudah bergelar sebagai jutawan muda tetapi mamat nie pelik sedikit, dia mengambarkan dirinya sebagai ulat buku yang mana gemarkan ilmu pengetahuan…hehehe low profile katakan. Cuma impian mamat nie adalah untuk memudahkan dan memberikan kandungan yang mana dapat menarik orang ramai menggunakan internet seperti yang telah dilaksanakannya.

Mamat nie kata pula, dia sebenarnya bercita – cita hendak menjadi professor dan berharap dapat mengikuti jejak langkah para akademik Stanford lain yang mana bukan saja kaya raya tetapi pada masa yang sama juga mencurahkan ilmu dengan mengajar.Hai…pelik betul perangai mamat nie…dah kaya pergilah melancong ke,buat umrah ke atau ape – ape pun…hehehehe gurau jea..tapi apapun kita ucap taniah pada mamat sorang nie…Bravo!

Jawed Karim kata lagi, dia telah mencurahkan idea tentang YouTube nie kepada dua lagi kawannya dan dengan sumbangan 2 orang kawannya nie, laman web YouTube telah menjadi suatu kenyataan..OoooOooO berjasa jugalah depa dua orang nie kan..huhuhu

Lagi tentang mamat nie, seawal Februari 2005 apabila laman web YouTube di perkenalkan. Jaweb Karim berkata, mereka bersetuju bahawa dia tidak akan bekerja di sana tetapi menjadi sebagai penasihat tidak rasmi. Malah mamat nie tidak mengambil gaji, faedah atau sebarang jawatan tetapi hanya menumpukan perhatian kepada pelajaran sahaja. Bagi mamat nie, mencipta dan membangunkan sesuatu yang baru adalah satu proses dalam kehidupan…

Fakta:

• Mamat nie tidak berenggang dengan kamera video, dia telah merakamkan usia awal YouTube termasuk merakam perjumpaan mereka membincangkan mengenai pelbagai strategi sebelum menubuhkan syarikat.

YouTube pada mulanya hanya mempunyai 50-60 video sahaja tetapi kini semakin ramai malahan seluruh dunia telah menggunakan laman web YouTube ini.

Sedikit Info tentang YouTube nie yang aku tahu :

• Laman Web YouTube telah di bina dalam bulan Februari 2005 oleh 3 orang bekas pekerja PayPal iaitu Steve Chen, Chad Hurley dan Jawed Karim.

• Dan pada Februari 2005 juga, mereka telah mendaftar domain YouTube.com

• Mereka bertiga melihat satu peluang untuk mencipta satu laman web yang mana orang ramai boleh meng`upload video mereka sendiri dan menontonnya dengan percuma.

• Pada bulan April 2005, Jawed Karim telah meng`upload video pertamanya kedalam YouTube yang diberi nama “ Called Me at The Zoo, by Jawed “. Anda boleh melihat video pertama Jawed disini.

• Pada bulan July 2006, lebih 100 juta video telah dilihat setiap hari.

• Dalam bulan Ogos 2006, Wall Street Journal telah mengeluarkan artikel yang mengatakan laman web YouTube telah meng`hosting kira - kira 6.1 juta video.

• Pada October 2006, Google telah membeli YouTube dengan harga $1.6 Billion.

• Persetujuan telah dicapai diantara mereka dengan Google pada 13 November,2006.

• Selepas YouTube diambil alih oleh Google, YouTube telah melahirkan fenomena baru dalam industri internet dunia.

• Hari ini Youtube berada pada ranking ke 3 Global Top Sites di Alexa.

• Pada hari ini, YouTube mempunyai lebih 10 Billion video.

• Pada hari ini juga,YouTube boleh didapati / di akses dalam 12 bahasa yang berbeza – beza.

YouTube sekarang juga boleh didapati / digunakan hampir di seluruh Negara tetapi ia di haramkan oleh semua Negara yang mengamalkan sistem Komunis.

So…sekarang macam mana? Nak jadi macam dia tak? Hehehe jom kita fikirlah sama – sama yea!!!

Readmore »»

Wednesday, November 26, 2008

Mari Lihat Ranking Blog Anda

Mahu lihat adakah blog pujaan anda tersenarai di dalam ranking Search Engine 1000 kebawah google , yahoo dan msn?

Ok…kalau mahu tengok adakah blog anda sudah layak atau belum…hehehehe

Jom kita cuba benda ini……

Oppssss…tunggu dulu….betul ke nak tahu nie?

Betul nak tahu? Ok sila klik di sini

Apa yang akan keluar adalah seperti di bawah



Adakah blog anda mencapai matlamat seperti yang diharapkan?

Kalau blog anda masih belum lagi tersenarai…….maka anda perlu berusaha lebih lagi, yang penting update blog anda.Itu yang terpenting! Jangan jadikan blog anda macam rumah yang tunggu masa nak roboh jea..tapak ade tapi isi tidak ade…

Tapi yang dah tersenarai tue….Taniahlah yea.

So….Selamat berusaha dan selamat beramal…hehehe

panduan:Kento@JomKongsi











Readmore »»

Monday, November 24, 2008

Jom Buat Duit dengan Program Pay Per Lead

Aspirasi Cyber telah melancarkan satu program Pay Per Lead Koleksi Landing Page, Ecover , Grafik dan pakej MRR…wooooo…wawwww..owh..ia semua di berikan secara percuma!!!



Apa yang akan anda dapat sekiranya mendapatkan koleksi ini?
• Grafik - Anda akan dapat design profesional header, footer, 10 ecover action script dan file psd. Anda boleh mendesign semula untuk tajuk dan imej anda sendiri.

• Minisite yang telah siap ini akan disertakan sekali untuk anda edit mengikut citarasa anda sendiri.

• Anda juga akan dibekalkan dengan grafik psd yang membolehkan anda edit semula grafik untuk ebook, header dan juga footer.

• 5 Minisite Baru yang menarik berserta psd file untuk anda miliki.

• Perisian membina Sales Letter yang memudahkan anda untuk menyiapkan sesebuah sales letter dengan cepat dan mudah

• 1600 Koleksi Grafik yang menarik untuk menarik perhatian pengunjung melalui laman web/minisite anda

Untuk mendownload pakej percuma ini, anda boleh….klik disini

Apa yang hanya perlu anda lakukan ialah masukkan nama beserta email anda dan link untuk download pakej ini akan dihantar terus pada email anda nanti. Jadi apa tunggu lagi, barang free downloadlah sekarang.Cepat sebelum mereka meletakkan harga ke atasnya…

*Satu lagi, anda boleh menyertai program Affiliate Pay Per Lead ini dan setiap download yang diterima dari link referal anda akan dibayar sebanyak RM1.00. pergh..boleh tahan jugak tue,dapat duit beb...

*Hehehe…tapi sebelum anda mendaftar tue,jangan lupa download pakej yang hebat itu secara percuma di sini !!!

So…apa tunggu lagi ? jom download dan buat duit dengan Pay Per Lead sekarang!!!



Readmore »»