Monday, November 24, 2008

Panduan Mendaftar Akaun Google Adsense dengan Berkesan

Disclaimer

“ Tutorial untuk mendaftar akaun Google Adsense ini di buat adalah bertujuan untuk membantu mereka – mereka yang masih belum tahu bagaimana hendak membuka / mendaftar akaun Google Adsense .. Walaupun kebanyakkan daripada mereka di luar sana sudah mengetahui akan benda ini tapi eloklah sekiranya ia di perkatakan sekali lagi.Maklumlah aku pun sebelum ini terkapar – kapar mencari bagaimana cara hendak mendaftar dan seterusnya membuat Google Adsense ini.Sekarang apa yang aku tahu akan aku kongsikan kepada mereka yang datang melawat ke blog buat duit aku ini “.

Ok…sebelum anda mendaftar akaun Google Adsense ini,apa yang perlu anda ada dan buat ialah :

• Akaun Gmail

• Dafrtar akaun Blogger dan buat satu blog terlebih dahulu.Bagi anda yang masih belum tahu bagaimana hendak membuka / mendaftar akaun Blogger ini, anda boleh ke blog ideapyan . Disana telah disediakan satu tutorial yang lengkap bagaimana hendak mendaftar akaun dengan Blogger.

Blog anda mestilah terlebih dahulu dibuat dalam bahasa Inggeris.

Sekiranya semua perkara di atas sudah tersedia….jom kita mulakan…cara bagaimana hendak mendaftar akaun Google Adsense dengan berkesan.



1. login ke www.google.com/adsense
2. Selepas itu klik Sign Up Now .



1. Masukkan URL blog anda, contohnya http://blogbuatduit-info.blogspot.com ataupun http://hentamsajalah.com

2. Disitu ada tertulis Website language, sila pilih bahasa English.

3. Selepas itu ada 2 petak kosong, Nampak tak? So sila tandakan kedua – dua ruang yang kosong itu.

4. Pada bahagian account type, pilih individual

5. Ok…pada bahagian Country or Territory pula,sila pilih Malaysia Negara ku yang tercinta.hehehehe..



1. Pada bahagian Payee Name / Full Name, sila masukkan nama penuh anda seperti yang terdapat pada IC / Kad Pengenalan .Peringatan kepada anda bahawa tidak seperti alamat , nama anda tidak lagi boleh diubah selepas ini. So nasihat saya, buatlah secara teliti,berhati – hati dan berwaspada.

2. Pada ruang address, city /town , state dan zip code…sila masukkan alamat anda yang betul kerana google akan menghantar cek mengikut alamat yang anda berikan.

3. Tick pada petak kecil di ruangan yang menyebut “ I agre that I can receive checks bla….bla….bla….hehehe

4. Sila masukkan no. tel anda pada bahagian Phone. Masukkan no.tel aktif anda kerana mungkin google akan menelefon anda terlebih dahulu untuk membuat pengesahan sebelum cek di hantar terus kepada anda.Satu perkara yang perlu di ambil tahu,google tidak akan bercakap dalam bahasa Melayu dengan anda….in english ok.huhuhu

5. Tick pada bahagian email preference.



1. Pada bahagian How did you find out about Google Adsense ?, sila pilih option yang anda suka contohnya saya pilih option Friend / colleague.

2. Pada bahagian Policies, terdapat 3 kotak kecil yang kosong. Tick kotak kosong itu yang pertama dan yang kedua, manakala biarkan sahaja kotak kosong yang ketiga itu.

3. owh…..sudah selesai nampak gayanya.So ape yang di tunggu lagi? Tekanlah submit dan selesai.

Setelah semua pendaftaran sudah siap, tugas anda seterusnya adalah tunggu!!!!!.

Google akan review website / blog anda terlebih dahulu sebelum mengaktifkan akaun adsense anda.

Selalunya masa yang diambil untuk proses ini ada kalanya memakan masa selama satu minggu, 3 hari ataupun dalam masa 24 jam sahaja. Itu semua bergantung kepada proses tersebut. Jadi nasihat saya ialah sabar!!!

Sekiranya pemohonan anda telah berjaya…..yeah…yahooooo….yabeda…beduuuuuuu…anda akan mendapat email daripada google seperti di bawah ini…



So.Selamat ber-adsense..he3.

0 comments: