Friday, November 28, 2008

Siapa Mamat Nie?

Hari ini aku nak kongsikan sedikit tentang kisah mamat sorang nie…mungkin korang dah tahu tapi ade jugalah yang tak tahu lagi kan…Sebenarnya aku nak post benda lain tapi akhirnya aku mengambil langkah untuk menge`post` benda nie…kat blog buat duit aku.nak tahu kenapa ?
Wakakaka….aku tak dea idea sebenarnya..benda nie jea yang terlintas kat kepala aku buat masa sekarang…

Tapi sekurang – kurangnya yang tak tahu lagi tue akan tahulah serba sedikit tentang kisah mamat nie…bak kata lecturer aku time aku belajar dulu….hehehe ayat nie aku selalu kena kat dia…

“ kalau kita tue tahu yang kita tue tak tahu, kenapa kita tak nak tahu untuk kita ambik tahu…tahu…tahu..tahu..”

Wakakaka….lawak ayat nie…

So..korang kenal tak mamat sorang nie?



Korang pernah dengar perkataan atau nama YouTube ?, aku rasa yang dah post video kat dalam tue pun dah adakan, temasuklah aku sekali…so nak tengok tak video yang aku post kat sane ? kalau nak tengok klik sini..( wakaka promote video sendiri..tak malu!!! ).

Mamat nie lah yang melahirkan idea untuk mencipta laman web YouTube. Tetapi yang sebenarnya bukan dia saja tapi terdapat 2 orang lagi yang sama – sama buat benda nie.Salah seorang namanya ialah Chad Hurley dan Steve Chen. Tapi dalam post nie…aku tak mahu cakap tentang depa dua orang nie sebab aku tak tahu cerita asal tentang depa berdua nie…wakakaka yang aku tahu cuma tentang budak sorang nie jea…tapi tak pea,nanti aku tahu tentang cerita diorang nie..mungkin aku akan buat post pada masa akan datang.

Jom ikuti kisah mamat yang aku nak cerita nie sikit…

Hensem ke dia?, tinggi mane orangnya?, kaya ke dia?

Nie dia gambar mamat nie dan gambar depa dua orang nie sekali.Yang Pakai baju kot tue Chad Hurley, yang pakai kaca mata tue ialah Steve Chen dan yang duk sorang tue tak payah tanya lah...Jawed Karim.




mMmmm…name dia Jawed Karim, lahir pada tahun 1979 di Merseburg Jerman Timur dan setahun kemudian pada tahun 1980 dia nie telah berpindah ke Jerman Barat ( ayah dia yang bawa dia pergi tinggal kat sana kot sebab time tue dia kecil lagi ).he3

Tapi sekarang kedua – dua Negara tue telah bergabung menjadi sebuah Negara yang kita kenali sebagai Jerman sahaja, dah tak ade barat atau timur.

Bapa dia nie adalah orang Bangladesh dan nama dia Naimul Karim iaitu seorang penyelidik di Syarikat 3M manakala emaknya pula ialah Christine Karim, seorang pembantu professor dalam bidang biokimia di University Minnesota, Amerika Syarikat.

Karim nie telah membesar di Jerman sehingga pada tahun 1992 mereka sekeluarga telah berpindah ke AS.

Setelah sampai kat sana, karim nie telah melanjutkan pengajiannya di Central High School ( Saint Paul, Minnesota ) dan kemudiannya ke University of lllinois di Urban-Champaign.

Perghhh…baguslah mamat nie,masuk U tue…huhuhu.

Dia memilih belajar di universiti kat sana tue kerana di situlah tempat pencipta Netscape, iaitu Marc Andreessen dan beberapa lagi laman web yang terkemuka.Mmmm…bagus ade cita – cita…

p/s:kat sebelah kanan nie ialah Marc Andreessen.


Selepas habis pengajian kat sana, mamat nie ape lagi terus minta dan bekerja kat PayPal.
Dalam dia tengah kerja tue…sempat lagi dia sambung belajar dan telah mendapat Ijazah Sarjana Muda dalam Sains Komputer pada tahun 2004.

Masa tengah syok kerja kat sana tue, time tuelah jugak mamat nie bertemu, berkenalan dan berkawan dengan depa dua orang nie…Dalam duk asyik – asyik berkawan tue, pada tahun 2005 mereka bertiga nie telah mencipta dan membangunkan sebuah laman web perkongsian video YouTube.

Selepas mengasaskan dan membangunkan konsep YouTube, Jawed Karim nie telah mendapat tempat pula sebagai pelajar sarjana sains computer di University Stanford dan dalam pada masa yang sama merangkap penasihat kepada YouTube.Hehehe baguskan!

Bila YouTube diambil alih @ dibeli oleh big boss Google, mamat nie telah mendapat sebanyak 137,443 dari saham berkenaan. Wah…..kaya..kaya…kaya!!!

Time kedua – dua orang kawannya tue ( alah depa dua orang yang aku cakap tadi ) sibuk mencipta nama, mamat nie lebih suka menumpukan perhatian kepada pelajaran. Biarpun sudah bergelar sebagai jutawan muda tetapi mamat nie pelik sedikit, dia mengambarkan dirinya sebagai ulat buku yang mana gemarkan ilmu pengetahuan…hehehe low profile katakan. Cuma impian mamat nie adalah untuk memudahkan dan memberikan kandungan yang mana dapat menarik orang ramai menggunakan internet seperti yang telah dilaksanakannya.

Mamat nie kata pula, dia sebenarnya bercita – cita hendak menjadi professor dan berharap dapat mengikuti jejak langkah para akademik Stanford lain yang mana bukan saja kaya raya tetapi pada masa yang sama juga mencurahkan ilmu dengan mengajar.Hai…pelik betul perangai mamat nie…dah kaya pergilah melancong ke,buat umrah ke atau ape – ape pun…hehehehe gurau jea..tapi apapun kita ucap taniah pada mamat sorang nie…Bravo!

Jawed Karim kata lagi, dia telah mencurahkan idea tentang YouTube nie kepada dua lagi kawannya dan dengan sumbangan 2 orang kawannya nie, laman web YouTube telah menjadi suatu kenyataan..OoooOooO berjasa jugalah depa dua orang nie kan..huhuhu

Lagi tentang mamat nie, seawal Februari 2005 apabila laman web YouTube di perkenalkan. Jaweb Karim berkata, mereka bersetuju bahawa dia tidak akan bekerja di sana tetapi menjadi sebagai penasihat tidak rasmi. Malah mamat nie tidak mengambil gaji, faedah atau sebarang jawatan tetapi hanya menumpukan perhatian kepada pelajaran sahaja. Bagi mamat nie, mencipta dan membangunkan sesuatu yang baru adalah satu proses dalam kehidupan…

Fakta:

• Mamat nie tidak berenggang dengan kamera video, dia telah merakamkan usia awal YouTube termasuk merakam perjumpaan mereka membincangkan mengenai pelbagai strategi sebelum menubuhkan syarikat.

YouTube pada mulanya hanya mempunyai 50-60 video sahaja tetapi kini semakin ramai malahan seluruh dunia telah menggunakan laman web YouTube ini.

Sedikit Info tentang YouTube nie yang aku tahu :

• Laman Web YouTube telah di bina dalam bulan Februari 2005 oleh 3 orang bekas pekerja PayPal iaitu Steve Chen, Chad Hurley dan Jawed Karim.

• Dan pada Februari 2005 juga, mereka telah mendaftar domain YouTube.com

• Mereka bertiga melihat satu peluang untuk mencipta satu laman web yang mana orang ramai boleh meng`upload video mereka sendiri dan menontonnya dengan percuma.

• Pada bulan April 2005, Jawed Karim telah meng`upload video pertamanya kedalam YouTube yang diberi nama “ Called Me at The Zoo, by Jawed “. Anda boleh melihat video pertama Jawed disini.

• Pada bulan July 2006, lebih 100 juta video telah dilihat setiap hari.

• Dalam bulan Ogos 2006, Wall Street Journal telah mengeluarkan artikel yang mengatakan laman web YouTube telah meng`hosting kira - kira 6.1 juta video.

• Pada October 2006, Google telah membeli YouTube dengan harga $1.6 Billion.

• Persetujuan telah dicapai diantara mereka dengan Google pada 13 November,2006.

• Selepas YouTube diambil alih oleh Google, YouTube telah melahirkan fenomena baru dalam industri internet dunia.

• Hari ini Youtube berada pada ranking ke 3 Global Top Sites di Alexa.

• Pada hari ini, YouTube mempunyai lebih 10 Billion video.

• Pada hari ini juga,YouTube boleh didapati / di akses dalam 12 bahasa yang berbeza – beza.

YouTube sekarang juga boleh didapati / digunakan hampir di seluruh Negara tetapi ia di haramkan oleh semua Negara yang mengamalkan sistem Komunis.

So…sekarang macam mana? Nak jadi macam dia tak? Hehehe jom kita fikirlah sama – sama yea!!!

0 comments: