Tuesday, December 2, 2008

Penggunaan Twitter adakah perlu atau tidak?

Aku nie baru jea berjinak – jinak dalam dunia blog nie dan mungkin jauh lagi perjalanan aku dalam benda nie tapi kat sini aku nak cakap sikit apa yang aku tak puas hati tentang penggunaan Twitter nie.Tapi terlebih dahulu….aku nak mintak maaf bebanyak jika post aku kali nie agak keterlaluan, kontroversi ke ape kea.., terasa pada sesetengah orang ke,tak layak lagi ke aku post benda2 cam gini…atau ape2 lah….huhuhu,tapi dah blog aku..aku boleh tulis ape yang aku hendak..hahah…hahaha..hahaha…( tiru gaya Prof..Klon )wakakaka..

Ok..first aku teranglah serba sedikit ape itu Twitter dan gunanya pada blog

Twitter pada dasarnya adalah satu layanan Social Networking yang telah diguna pakai oleh kebanyakkan blogger pada masa kini.Gunanya dimana anda boleh menyampaikan sesuatu pesanan yang ringkas pada blog anda tentang kegiatan yang anda lakukan hari – hari atau dari masa ke semasa.


Selain dapat login menerusi komputer, Twitter juga dapat di login menerusi Via Mobile Device.So senanglah penggunaan benda nie,tuelah banyak yang orang guna..

Tapi kat post kali nie, aku bukan nak cerita banyak tentang kemudahan Twitter serta aplikasinya…yang aku nak cerita nie adalah tentang “ketidakpastian” aku tentang sesetengah blogger ( sesetengah yea…bukan semua ) yang menggunakan khidmat Twitter nie…mmMmm..entahlah kadang – kadang rasa meluat pun ade,hampeh dan poyo pun ade…tentang diaorang nie. Kat bawah nie aku akan senaraikan sebab – sebabnya:-

a) Rasa meluat aku bila diaorang nie…mengheboh – hebohkan yang diorang pada hari itulah….pada hari inilah..mendapat banyak duit / income masyuk….daripada kegiatan bisnes yang dibuat.Memang bagus kalau korang nak tulis tulis benda tue kerana boleh menaikkan semagat mereka yang sentiasa follow blog korang tue…tapi janganlah sampai lebih – lebih plak..nampak macam nak bangga diri pun ade…aku tengok.

b) Rasa hampeh aku bila korang nie..banyak sebut / tulis dalam tue…hari ini dan hari itu, masa nie..masa tue..korang dok tengah shoppinglah…beli itulah..beli inilah…nak pergi dinnerlah ape yang entah2 lah korang cakap dalam tue…bagilah benda yang berguna sikit pada diorang yang selalu follow up blog korang nie…contohnya tips,info ke atau idea2 terkini yang akan korang buat / tulis ke lepas nie..Nie tidak korang tulis cam nie “ Owh hari ini baru lepas balik shopping kat klcc baru lepas beli perfume Silky Men “ wakakakaka….benda nie pon nak sebut kea? ( contohnyalah )….Aku tahulah korang tulis benda tue kat blog korang melalui Twitter sebab korang tak ade masa nak update blog korang…Mungkin korang terlalu banyak blog yang nak di update ataupun korang sememangnya banyak kerja…tapi agak..agaklah kan…tulislah yang berguna sikit..ataupun yang bolehlah dikatakan berfaedah....walaupun hanya point2 sahaja.

c) Rasa poyo aku pada korang bila korang nie rasa yang diri korang nie macam artis jea..mane taknya..ape yang korang makan,ape yang korang pakai,nak tido pon korang sebut juga dalam tue…wei..weii..wei..korang nie artis kea?, korang nie orang tersohor ke? ,menteri ke?, wakil rakyat ke?..kalau macam nielah perangai korang..maybe lepas nie orang yang nak follow up blog korang akan berkurangan…pecayalah kata aku…pecayalahhhhhhhhhhh…kasih mu lafaz segala..di ruang yang paling dalam….wakakakaka..lagu siti pon aku sebut…nie kes salah etika nie…jatuh maruah nie aku nyanyi lagu siti…So..banyak lagi yang aku nak tulis sebenarnya tapi aku dah malah dah tulis pasal benda nie..Jadi jumpa lagi di post2 yang akan datang di blog buat duit aku ini dan ade sape yang nak tolak member?….huhuhu

Disclaimer

“ Kat sini aku nak mintak maaf kalau ayat2 kat dalam post kali nie agak kasar sedikit…post kali ini merupakan luahan hati sahaja tidak ada satu pun sifat tidak baik dan dengki terhadap seseorang “


Peace,Love and Empty

Titik

0 comments: