Wednesday, December 17, 2008

Buat Duit Dengan Upload Video


Wah..wah..wah…betul ker dengan video pun kita boleh menjana pendapatan dari Internet dan bukan sekadar dari blog sahaja?

Betul tue dan itu yang aku maksudkan….wakakakaka aku pun baru tahu gak tentang ini dan marilah kita kongsikan sama – sama erk…

So..bagaimana kita nak melakukannya?



Ok..terdapat 2 jenis laman web yang menawarkan perkhidmatan seperti ini…antaranya ialah:

a) Video dari Metacafe.com

b) Video dari Revver.com

Tapi..sebelum meng`upload video kat sana tue, apa yang perlu tahu ialah:-

• Video anda mestilah asli dari anda sendiri

• Video anda tidak mengandungi unsur – unsur kekejaman,porno,radikal dan seangkatan dengannya.

• Video anda janganlah terlalu pendek ( hanya beberapa saat sahaja )- itu aku tak pastilah pulak..huhuhu tapi eloklah sekiranya tidak terlalu pendek sangat..mungkin akan menyebabkan sesetengah orang boring.

Mmmmm..tapi bagaimanakah cara kita mendapat duit / keuntungan dari video tersebut?

Macam nie untuk video dari metacafe, mereka akan memberikan kita $5 bagi 1000 orang yang view video kita.Cubahlah korang fikir kalau 1 juta orang yang view video kita? Pergh…banyak tue..huhuhu tapi x mustahilkan..kalau dah ada rezeki..adalah jawabnya

Korang boleh tengok contoh video yang telah aku upload kat metacafe disini.


Ok..untuk video dari Revver nie,bila korang dah selesai upload video tersebut apa yang korang akan nampak pada video tue ada iklan google adsense.

Contoh video yang telah aku upload kat Revver adalah seperti kat bawah nie…



Nampak tak ada iklan google adsense kat dalam video tue?

Ok..jika pengguna menonton video dari kita tue dan meng`klik pada iklan adsense tersebut. Maka korang akan dibayar royalty sebanyak $0.70 untuk setiap satu klik..

Tetapi…anda juga boleh buat duit hanya dengan menjadi Publisher di Revver site.
Maksudnya ialah korang bolehlah menggunakan video yang bukan milik anda tetapi menjana duit daripadanya tetapi dengan jumlah yang kecil apabila pengguna klik pada iklan adsense yang terdapat pada video tersebut.



Sebenarnya ada beberapa lagi laman web yang menyediakan perkhidmatan seperti ini tetapi aku nak bagitahu pun tak boleh lagi sebab aku pun baru tahu jea pasal benda cam gini..nanti salah fakta plak kan..kena maki hamun pulak nanti..huhuhu

So..kalau korang tahu pasal benda nie lebih lagi..silalah kongsi – kongsi ilmu ngan aku plak erk…..

Jadi…ada saper yang nak tolak member?

0 comments: