Saturday, December 13, 2008

Blogging: Nikmat Tuhan Yang Tidak Disedari



Mmmm…mungkin tajuk di atas atau entrie kali ini jauh lari dari topik blog buat duit aku yang sebenarnya atau mungkin juga ia di tulis secara kebetulan ataupun terpaksa?

“Terpanggil” untuk menulis post seperti ini adalah selepas aku melawat ke blog Rohaizat.com dan telah terbaca entrie beliau “ Erti Jangan Dalam Islam “ – Renungan Hari JumaaT.

Walaupun aku masih baru dalam dunia blogging dan traffic blog buat duit aku pon masih nyawa – nyawa ikan…tapi aku tetap bersemagat untuk menulis tentang perkara ini walaupun mungkin tidak selalu.

Oklah..kembali kepada tajuk yang asal “ Blogging Nikmat Tuhan Yang Tidak Disedari “ yang mana mungkin sesetengah daripada kita bersyukur ataupun lalai dalam mensyukuri nikmat kurnian darinya?

Kenapa aku berkata begitu?


Sebenarnya terlalu banyak persoalan – persoalan yang boleh di gariskan kat bawah nie dan mungkin kita patut fikirkan sama – sama yang kita nie bertuah kerana terjerumus kedalam lembah blogging yang mana mempunyai pro dan kontranya yang tersendiri.

Salah satunya:

a) Pernahkah kita terfikir yang kita nie tiada tekanan dalam melakukan kerja – kerja seperti ini yang mana sering berlaku kepada pekerja di sektor awam ataupun swasta, yang mana mereka setiap hari berada ataupun mungkin sering berada dalam tekanan dalam melakukan tugas – tugas harian di pejabat? Sebagai contoh :

Kakitangan Awam / Swasta

Situasi Pertama:-

Bos A ( yang berdarah O ) : Tolong siapkan laporan ini secepat yang mungkin..esok saya ada meeting...

Pekerja K berkata : Tapi bos, sekarang nie dah time nak balik dah nie…x sempat nak siapkan.

Bos A ( yang berdarah O ) : Eh..kamu nie…nak kerja ke tak nak kerja nie…duit orang bagi…suruh kerja tak nak kerja plak..kau jangan main giler tau.

p/s : bayangkan time tue korang ada hal yang penting giler contohnya ade janji temu ke…ape ke..jawabnya melepaslah..huhuhuhu..


Situasi Kedua:-

Isteri S ( yang berdarah A ) : AaaaAaaaaaaaaaaaaa baru balik kerja ker? Dah lewat malam nie…buat ape? Kerja ke enjoy di kelab!

Suami K : asyik lewat balik nak merepek..lewat skit merajuk..adukssssssss..bos suruh siapkan kerja tadi..arghhhh rimaslah..

Blogger Sdn Bhd

Aku dah 3 hari dah tak update blog aku nie…idea nak tulis ape tarak lagi nie…arghhh..biarlah aku nak genapkan sampai seminggu.Nanti dah ade idea, aku postlah nanti.he3


b) Pernahkah kita terpikir dengan ber` blogging ia mampu membuat kita menjadi kritis dan kreatif dalam mencari idea – idea dan perkara baru yang hendak di tulis?. Walaupun kadang – kadang pecah kepala nak fikirkan idea – idea yang x kunjung tiba…tetapi tahukah anda ia akan menjadi “ lazat “ bila idea tersebut perolehi, di praktikan dan dikongsikan dan anda akan mendapat manfaat daripada itu!

c) Pernahkah kita terpikir yang sebenarnya kita di anugerahkan dengan dua alam?alam pertama ialah dunia yang nyata dan alam kedua ialah alam maya ( bukan alam ghaib )huhuhu….mana taknya, dengan adanya alam maya nie..anda boleh mengelilingi dunia, berkenalan dan berkawan dengan seseorang hanya dengan menggunakan tangan, jari, mata dan hidung sahaja..bestkan!

d) Pernahkah kita terfikir yang kita nie tergolong dalam satu golongan yang dahagakan ilmu dan cintakan sesuatu ilmu itu ? Khususnya ilmu dari segi SEO, HTML , ilmu cara Buat Duit dengan Perniagaan Internet dan bermacam – macam lagi.

e) Pernahkah anda terfikir yang anda tidak perlu mengeluarkan banyak modal untuk membuat blog dan ber` blogging?


Tapi…tapi…tapi……..

Adakah anda pernah terfikir yang kita sebenarnya lalai dengan kenikmatan ini dan pernahkah anda merasa bersyukur?.Seperti contohnya:-


a) Pernahkah dan berapa kali atau berapa banyak anda melewatkan mahupun meninggalkan waktu solat anda semata – mata kerana kekhusyukkan melayari Internet dan sibuk ber`blogging? Adalah sebaik –baiknya jika ianya kekhusyukkan didalam solat!

b) Pernahkah anda terfikir, adakah anda selalu / sering menyebut nama Tuhan Yang Maha Esa di dalam melakukan sesuatu pekerjaan, ataupun sebaliknya?

c) Pernahkah anda terfikir yang ilmu yang anda perolehi daripada kenikmatan itu digunakan sebaik – baiknya?, di kongsikan dan bukan hanya sekadar kerana duit semata – mata?.

d) Pernahkah anda terfikir yang anda ini menjaga atau tidak kenikmatan kesihatan yang Tuhan berikan?- ber`blogging sampai memudaratkan kesihatan adalah satu amalan yang tidak baik dan janganlah anda menjadi satu manusia yang melampaui batas!.

e) Pernahkah anda menggunakan keilmuan anda serta kepandaian anda untuk melakukan sesuatu perkara yang tidak elok? Seperti contoh melayari laman – laman web yang tutttttt..wooo..wooo..woooo terlebih sudaa..

f) Pernahkah anda terfikir kenapa Tuhan Yang Maha Esa menjadikan waktu siang dan malam?. Sesungguhnya dalam 1001 sebab salah satunya pada waktu siang untuk umatnya mencari rezeki dan pada waktu malamnya pula untuk umatnya berehat dan beribadat kepadanya.


Mungkin banyak lagi yang tidak disebutkan atau mungkin aku kekurangan idea untuk menambahkan lagi intipati tulisan dalam blog buat duit ini….kalau korang ada pendapat…bolehlah dikongsikan didalam komen yea..walaupun lambat skit nak loading komen tue…faham – fahamlah aku just guna komen dari Intensedebate jea…kerana aku dahagakan ilmu HTML..hehehehe

So..akhir sekali..jangan lupa menonton video kat bawah nie yea…dan janganlah kita lupa untuk sentiasa bersyukur!!!( termasuk aku sekali ).

Renung – renungkanlah dan selamat beramal…


0 comments: